Friday, February 18, 2011

Hargailah Seseorang Seadanya

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar :Mcm mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita syg? Mcm mana juga kasih itu nak bekekalan?"

Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang
PALING CANTIK tanpa menoleh ke blkng lg walau sekalipun. Dah petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar : Tadi semasa saya bjlan, saya carilah rumput yg plg cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata, petik yang PALING CANTIK. Maka saya terus berjalan ke depan smbl mencari yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke blkng lg. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING CANTIK. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING CANTIK tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya..itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jgnlh kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetep dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lg, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK. Mahupun nak ikutkan..byk lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

No comments:

Post a Comment